Gurau 2

Assalamualaikum w.b.t.

A kind und helpful Spanish gardener introduced us to the mini Malaga.
He even shared some info about the Muslims in Espanyola.
"Alright now lets build a new fortress over...there!"
Syahmi is the type of guy who sort of loves history.

  • There is a lady in PETRONAS HR who loves to say "Howdy!"
  • She would begin her e-mail with that particular word. 
  • Funny =) 
  • But anyway, I will resume giving examples on the remaining points. 


  1. Memanggil dengan nama yang baik dan manja (DONE)
  2. Bersenda gurau (DONE)
  3. Bermesra ketika mandi (DONE)
  4. Mengajak isteri menyertai permusafirannya (DONE)
  5. Menjaga rahsia
  6. Berhias diri
  7. Memotivasi supaya beribadat
  8. Memuliakan keluarga kerabat

Menjaga rahsia
Hadith Riwayat Muslim:
Sesungguhnya amanat yang paling besar disisi Allah pada hari kiamat nanti adalah suami yang membuka rahsia kepada isteri dan isteri yang membuka rahsia kepada suami lantas salah satu dari keduanya menceritakan rahsia tersebut kepada orang lain.

Berhias diri
Hadith Riwayat Ibnu Hatim dan Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas:
Aku suka berdandan untuk isteriku sebagaimana aku suka isteri berdandan untukku.
Hadith Riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud:

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak bakal masuk syurga orang yang didalam hatinya masih ada seberat biji sawi dari kesombongan." Lalu ada seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w., ada seseorang yang senang berpakaian bagus dan bersandal bagus. Apakah hal termasuk sombong?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya Allah adalah indah dan mencintai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan tidak menghargai sesama manusia."

Memotivasi supaya beribadat
Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah dan termasuk hadith sahih:
Apabila seseorang membangunkan isterinya pada malam hari kemudian keduanya melakukan solat malam, atau keduanya melakukan solat dua rakaat, maka mereka dicatat sebagai orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t.

Memuliakan keluarga kerabat
Hadith Riwayat Hakim dan Baihaqi dari Aisyah:
Pada suatu ketika ada seorang nenek datang menghadap Rasulullah s.a.w. Lantas disambut dengan penuh keakraban, "Bagaimana khabarmu, bagaimana keadaanmu, bagaimana kamu setelah jauh dari kami?" Nenek itu menjawab, "Kami dalam keadaan baik-baik, wahai Rasulullah s.a.w." Ketika nenek itu keluar, aku berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah s.a.w., mengapa engkau menyambut orang itu dengan sambutan yang begitu hangat?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Wahai Aisyah, dia pernah datang kemari ketika Khadijah masih hidup. Sesungguhnya berjanji untuk melakukan kebaikan itu adalah sebahagian dari iman."
More new items are now available at/on The Sale.
Visit us today!


Comments

Popular Posts