Simpan Sendiri

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ni sepenuhnya didalam bahasa Melayu. Kerana ia sesuatu yang bukan luar biasa seperti, mengapa Mat Rempit ramai Melayu (macam semua je) dan kenapa pusat judi ramai Cina yang punya (and of course ada Melayu punya juga).

Sebelum apa-apa, entry ini tidak sesuai untuk mereka yang bergelandangan. Sebab pasti akan ada orang cakap, "Alah Ayla Johan ni senanglah cakap. Dia tak rasa hidup bawah jambatan etc. etc." Ya. Saya akui saya tidak tahu bagaimana rasanya. Saya akan terus membuat kajian. inshaAllah. 

The 4th Hot Air Balloon Festival in Putrajaya.
Tickets were already sold out when we arrived.


  • Ramai diantara kita pernah berkata, "Bagaimana nak hidup gaji banyak ni je?". Ya, ayat itu confirm bunyinya tidak bersyukur. Jadi setelah lima bulan menjayakan The Sale, saya mula mendapat gambaran bahawa bukan salah duit tidak cukup, tetapi salah kita kurang bijak menggunakan duit yang kita ada.
  • Jadi, bagaimana nak jadi orang yang tidak kaya tetapi bahagia? 
  • Pertama sekali, kepada semua yang mempunyai perniagaan sendiri, mari kita sama-sama perbetuli niat kita dalam berniaga. 
  • Apakah kita berniaga untuk mencari untung supaya boleh beli barang-barang yang super mahal tetapi mahalnya tidak akan pernah sampai mahalnya Syurga?
  • Apakah niat kita berniaga untuk memperbaiki hidup keluarga dari tinggal di rumah setinggan atap bocor kemudian inginkan rumah 20 bilik 4 tingkat 2 kolam renang taman seluas tasik Titiwangsa?
  • Apakah niat kita untuk memperbaiki hidup keluarga dan juga menyerahkan harta pinjaman Tuhan untuk membantu Islam?
Free cookie und drink.
Nice.

  • Jadi niat ini bergantung kepada kita. Kemungkinan niat ketiga-tiga diatas juga memperoleh pendapatan yang banyak dari Allah s.w.t. Tetapi ingat, setiap perkara yang berlaku itu juga ujian. 
  • Jika kita punyai sikit duit tetapi kita riak yang kita bersedekah pun tidak elok. 
  • Jika kita punyai duit yang banyak dan kita bersedekah dengan ikhlas tanpa tujuan riak adalah sangat baik =)
  • Untuk mendapat kebahagian walaupun tidak memiliki harta setaman, kita perlu tahu apa priority kita didalam kehidupan di dunia. 
  • Jika gaji kita RM4000 tetapi mempunyai keinginan yang amat kuat untuk memiliki Bentley, kita akan berasa resah kerana kita tidak mampu. Bila kita resah, mula kita rasa iri hati terhadap mereka yang memiliki Bentley. 
  • Memang tidak salah untuk memiliki Bentley tetapi kita kena bijak dan tahu kemampuan kita sebelum kita membeli sesuatu benda. Jangan sampai kita berasa murung kerana tidak mampu membeli sesuatu yang mahal. Jangan menyebabkan peer pressure mengatasi pendirian kita.
  • Jika gaji kita sebulan RM50k, kita mula beli bag tangan berharga RM30k tetapi bersedekah untuk Islam sebanyak RM15k. Mari kita tanya diri kita kembali. Adakah kita puas berbuat demikian? Atau kita puas apabila RM30k itu disedekahkan dan RM15k itu untuk belian bag tangan?
  • Kebahagiaan itu akan datang sekiranya kita sudah tahu apa perkara yang paling sesuai dan betul untuk kita lakukan demi Islam pada ketika itu. 
  • Kerana setiap hamba yang menolong ke jalan Allah s.w.t., Allah pasti membantunya dalam apa cara sekalipun.
  • =)
Aber we managed to have a ride on sagway!
Bob The Builder und Timah Concrete
=D 

Lets sit down and re-think. 
Make sure that our priorities are in the correct order.
Und lets not be ungrateful.
Have a great night =)

I will do some research on KONY 2012. 
Will update all of you about it. 
Sorry if my previous entry brings no good to you. 


Comments

Popular Posts