Fakir Yang Sabar

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Jangan persoalkan sehingga lalai tentang mengapa si polan A bisa memiliki rumah berjuta-juta ringgit dan jangan juga persoalkan sehingga lalai tentang mengapa si polan B adalah seorang fakir. Kerana jika kedua-dua polan A dan B bersabar menghadapi ujian, bersyukur dan juga mengabdikan diri kepada Allah s.w.t., maka hadiah yang terindah insyaAllah menjadi milik mereka. Dan tidak akan masuk Syurga seseorang itu kecuali dengan Rahmat Allah s.w.t.

Mount of Mercy, Jabal ar-Rahmah, Arafah.

Diceritakan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Teruslah berjuang dan berusaha mendekat kepada Allah. Bergembiralah sebab amal seseorang tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, "Apakah engkau juga wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab, 'Ya, aku juga, tetapi Allah s.w.t. menaungi aku dengan keampunan dan rahmat." (HR Bukhari)

  • Dan ini khabar gembira buat fakir yang sabar dan rela terhadap takdir.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang-orang fakir akan masuk syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia." (HR Tirmizi) 

  • Lets together jadi orang-orang yang sabar. Ujian kesabaran bukan datang hanya sekali dalam hidup, tetapi berkali-kali. Jika kita sudah sabar sekali ujian, tidak bermakna kita dapat sabar seumur hidup oleh itu ujian kerap mendatang. 
  • Jangan riak dan takkabur dengan tahap kesabaran yang kita ada. Biar Allah s.w.t. sahaja yang tahu betapa strugglenya kita berusaha untuk bersabar. Kerana semestinya, orang yang sabar adalah orang yang untung. 

Popular Posts