Berlinangan Air Mata

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Saya rasa ini suatu perkara yang amat penting. Oleh kerana tipu adalah berdosa maka sesetengah manusia mula berhelah untuk menyelamatkan diri. Apa beza tipu dan helah? Ada pendapat berkata tipu berdosa tetapi helah tidak berdosa. Ada yang sampai helah sehelah helah nya dan menganggap dia tidak berdosa. Hukum helah yang melampau, tidak saya ketahui. Tetapi akan saya beri contoh helah yang sepatutnya kita elak.

oit biru cepat balik. yang kanan tu cina.

  • To avoid from telling lies, I avoid from doing ridiculous things. By now my husband should know that I opt to prevent than cure. 
  • I don't walk with knife in my hand, I avoid from using cutter blades, I do drive aber I avoid from driving at night ( due to my astigmatism ) etc. 
Contoh Helah (watak adalah rekaan semata. tiada kaitan dengan sesiapa.)
May: Awak pergi mana tadi?
Fitri: Saya pergi makan tengah hari je.
May: Makan sorang?
Fitri: Ya. 
Situasi sebenar ialah, Fitri pergi makan tengah hari bersama kekasih gelapnya. Tetapi kekasih gelapnya hanya tiba 15 minit setelah Fitri mula makan. Jadi Fitri bercerita kepada isternya May dengan menggunakan helah 15 minit sebelum kekasih gelapnya tiba. Jadi Fitri tidak jatuh menipu melainkan sekiranya May bertanya "Awak makan seorang sepanjang makan tengah hari tadi dari mula sampai akhir?"

  • Ada sesetengah pihak memang diajar untuk berhelah. Ada pula mengambil iktibar dari kisah Rasulullah s.a.w. Kita kena ingat bahawa Rasulullah s.a.w. berhelah untuk Islam dan BUKAN untuk kepentingan diri sendiri demi rasa seronok membuat jahat. 

Helah Pada Waktu MalamDi malam yang bening pada hari itu, Rasulullah S.A.W dan para muslimin pun berangkat meninggalkan Makkah. Tidak mudah untuk baginda melepaskan diri tetapi dengan pertolongan Allah SWT, baginda berjaya melarikan diri dari kepungan Quraisy tanpa disedari oleh pihak musuh.Sementara itu, di dalam rumahnya, Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah menggantikan tempat baginda tidur. Kaum Quraisy terpedaya dan menyangka sekujur tubuh yang sedang tidur itu adalah Rasulullah S.A.W. Keberanian Saidina Ali itu adalah semata-mata kerana cintanya kepada rasul dan ketaatan kepada perintah-Nya.Perjalanan di dalam gelap malam diteruskan oleh Rasulullah S.A.W dan rombongannya sehingga sampai di Gua Thur. Di sinilah mereka bermalam, berteduh dan bersembunyi daripada musuh selama tiga hari tiga malam. Sepanjang tempoh tersebut, Asma dan Aisyah telah membawa bekalan makanan dan Abdullah bin Abu Bakar telah menjadi perisik. Dalam masa yang sama, Amir bin Fuhaira’ sengaja mengembala kambing di sepanjang laluan yang telah dilalui Rasulullah S.A.W dan rombongannya bagi menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka. Pernah tatkala musuh melalui pintu gua itu Allah SWT menunjukkan kekuasaannya dengan memerintahkan labah-labah membina sarang di situ. Melihat adanya sarang labah-labah di pintu gua, musuh tidak jadi masuk kerana memikirkan gua itu tidak pernah dimasuki orang lain sebelum itu. - dunyahalal.com-

rindu juga bapa budak di atas. yang kanan tu cina.



  • Kita kena faham apa yang Rasulullah s.a.w. lakukan dan bukan berhelah untuk menyelamatkan kita daripada ditangkap berbuat jahat.   
  • Berbuat jahat tetap dosa. Menganiayai makhluk lain juga berdosa. Sah sah lah isteri tu mengambil berat, yang suami pula sesuka hati berselingkuh. Memang teraniaya betul isteri tu. 
Tujuh golongan yang akan Allah SWT akan menaungi mereka di bawah naungan-Nya yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya, iaitu: imam yang adil; pemuda yang taat beribadah kepada Allah SWT; orang yang hatinya selalu terikat dengan  masjid; dua orang yang saling menyayangi kerana Allah sehingga bertemu dan berpisah juga kerana-Nya; lelaki yang diajak seorang wanita cantik untuk berbuat maksiat, namu berkata: 'Sesungguhnya aku takut kepada Allah.'; orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya; dan orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sepi sehingga berlinangan air matanya. - Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, sabda baginda. (Riwayat al-Bukhari no. 1423 dan Muslim no. 1032)
apalah nasib isteri si cina =p
*kisah di dalam entry ini tiada kaitan dengan yours truly sama suaminya. harap maklum.
B, you tak marah ke baca Raja Petra punya post about Chineese? Hehe.

Popular Posts