Kisah Wabak

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

This is a story which I never heard before. Now I know that quarantine is recognized in Islam. Und understanding of qada' dan qadar is indeed important. 



The life I had before; no car, no t.v., no international driving license,
no visits from relatives (except for my immediate family), no outings with my
junior und highschool friends, missed most weddings und etc. Aber alhamdulillah
with Allah's will, I survived.
It was the path I chose to lead thus I had to deal with my own selection.
 Can I make it in my own country? InsyaAllah.
  


Makruh Keluar dari Suatu Kampung yang Diserang Wabak (Bagi Orang Dalam) dan Makruh Masuk ke Dalamnya (Bagi Orang Luar) 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a.,
Maksudnya: "Bahawa Umar bin al-Khattab r.a. pernah hendak pergi ke Syria. Ketika sampai di kampung Surgh, dia di sambut oleh para gabenor lima kota di Syria, iaitu Abu Ubaidah bin Jarrah dan lainnya. Mereka lalu memberitahukan kepada Umar bahawa ketika itu negeri Syria sedang diserang wabak. Ibn 'Abbas berkata: "Lalu Umar berkata kepadaku:
'Tolong panggilkan untukku al-Muhajirin al-Awwaliin (mereka yang pertama kali berhijrah dan mendapati dua kiblat solat.)'
Aku pun lalu memanggilnya, kemudian Umar bermusyawarah dengan mereka. Umar memberitahukan kepada mereka bahawa negeri Syria sedang diserang wabak. Maka mereka pun memberikan pendapat yang berbeza dalam menanganinya. Sebahagian mereka berkata:
'Engkau (Umar) keluar untuk suatu urusan penting. Oleh itu, pada pendapat kami tidak sepantasnya bagimu untuk kembali (tanpa hasil apa pun).'
Sementara yang lain berkata:
'Sejumlah orang dan para sahabat Rasulullah SAW tetap akan setia kepadamu. Pada pendapat kami, engkau tidak perlu memasuki negeri yang sedang diserang wabak itu.'
Melihat perbezaan itu, Umar lalu berkata:
'Silakan kamu semua kempali ke tempat.'
Dia kaku berkata kepadaku:
'Tolong panggilkan orang Ansar.'
Aku pun lalu memanggil mereka. Seterusnya, Umar bermusyawarah dengan mereka. Ternyata mereka juga memiliki sikap yang sama dengan Muhajirin Awwalin itu, yakni memiliki pendapat yang berbeza. Umar lalu berkata:
'Silakan kamu semua kembali ke tempat.'
Setelah itu, Umar berkata kepadaku:
'Tolong panggilkan para tokoh Quraisy senior daripada kalangan mereka yang berhijrah sebelum Fathu Makkah.'
Aku pun lalu memanggil mereka. Ternyata tidak ada seorang pun daripada mereka yang tidak sependapat. Mereka bersuara bulat:
'Pada pendapat kami, sebaiknya engkau kembali saja (ke Madinah) bersama orang ramai dan tidak perlu memasuki negeri yang sedang diserang wabak itu.'
Akhirnya Umar r.a. menyeru di hadapan orang banyak:
'Sesungguhnya esok pagi aku akan kembali (ke Madinah), maka turut kembalilah kamu.'
Mendengar hal itu Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. berkata:
'Apakah engkau (hai Umar) hendak menghindar daripada qada' dan qadar Allah?'
Umar menjawab:
'Andai sahaja bukan engkau yang berkata seperti itu, wahai Abu Ubaidah...'
Umar nampak tidak suka dengan ketidak setujuan Abu Ubaidah atas keputusan yang diambil dirinya itu. Umar lalu berkata:
'Betul, kita menghindar daripada qada' dan qadar Allah yang satu, namun menuju qada' dan qadar Allah lainnya. Bagaimana pendapatmu (hai Abu Ubaidah) jika untamu berada di sebuah lembah yang memiliki dua lereng yang salah satunya subur menghijau, sementara lereng lainnya gersang? Bukankah jika engkau menggembalakannya di lereng yang subur, engkau menggembalakannya dengan qada' dan qadar Allah; dan jka englau menggembalakannya di lereng yang gersang, engkau juga menggembalakannya dengan qada' dan qadar Allah?'
Tidak lama setelah itu, muncullah Abdul Rahman bin Auf r.a. yang tadinya tidak turut bermusyawarah kerana sedang membuang hajat. Abdul Rahman lalu berkata:
'Sesungguhnya, aku memiliki ilmu dalam masalah ini yang saya dengar terus daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Jika kamu mendengar adanya wabak di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya; dan jika wabak menimpa suatu negeri, sedang kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar daripadanya dengan maksud untuk menghindar daripadanya.'
Umar pun memuji Allah (kerana ijtihadnya ternyata sesuai dengan petunjuk Nabi SAW) dan seterusnya kembali ke(Madinah)."
- Riwayat al-Bukhari no. 5729 dan Muslim no. 2219

Amir Albanna, aunty Ayla misses you =)

Popular Posts