Daddy What Is Bawang?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.




  • As Malaysians, we should not be proud if our kids know onion but not bawang. We should not be proud if our kids know car but not kereta. Somehow kids behaviour und knowledge resemble their parents. Wouldn't it be lovely if our kids know flower, bunga, blume, fleur etc.? 
  • Saya suka dan iri hati terhadap rakyat Malaysia yang banyak ilmu dan bisa berbicara English dan apa-apa bahasa sekali pun tetapi masih fasih berbahasa Malaysia. Saya kira-kira, kebanyakan rakan bangsa Cina saya pun masih tidak fasih berbahasa Malaysia. Bila di aju soalan dalam bahasa Malaysia, mereka faham tetapi masih menjawab dalam English. Bila penat berkomunikasi seperti ayam dan itik walaupun se Malaysia, saya yang mengalah dan mula berbicara English. 
  • Saya juga sama. Saya sudah biasa berbicara English dirumah sejak kecil lagi tetapi kalau perkara FORMAL, saya gemar berbicara dalam bahasa Malaysia. 

Zara Grey. Now available at/on The Sale.

  • Bapa saya adalah orang Kelantan tulen. Dia kalau bicara sesama orang Kelantan lain, maka keluarlah dialek Kelantan yang sukar untuk saya faham. Mengapa? Kerana bapa saya TIDAK berbicara dalam bahasa Kelantan jika dirumah bersama-sama anak dan isterinya, malah kalau dia menulis kepada anak-anak, pasti tulisannya dalam English yang amat lengkap. 
  • Saya difahamkan oleh emak saya bahawa bapa kepada bapa saya, iaitu arwah Tok Ayoh menulis kepada bapa saya dalam English yang lengkap. Maka mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. 
  • Tetapi sebagai anak kelahiran Kelantan, saya berusaha untuk mengenal pasti perkataa-perkataan asas Kelantan seperti: takdok, pitih, supik, nyo, tubik, kelik, gocoh, bakpo, ghoyak, cetong, kawe, gewe.
  • Saya banyak belajar dari junior-junior saya sewaktu di sekolah asrama. Mereka ramai dari pantai timur. Kekadang saya berlatih bercakap dialek Kelantan, tapi pasti di tertawa kan oleh mereka. Saya tidak kisah, janji Rock =D
Bapa bersama cucu-cucu kesayangannya dan juga anak emasnya. 

Ini sup tok ayoh Kelantan. Letak limau banyak2 pergh sedap!

  • Emak saya adalah orang Johor Bharu tulen. Dia ni kalau marah pasti dalam English. Kalau di tempat kerja pun English. Sesiapa di pejabat yang tidak faham English, akan dimasukan ke kelas English (kalau tidak silap saya). Tetapi apabila dia diajukan soalan dalam Bahasa Malaysia, dia akan bertutur dalam bahasa Malaysia. Tetapi agak lambat sedikit otaknya nak proses. Haha. Contoh: "Penunggang motosikal haruslah memakai . . . . . . . . . topi keledar." 
  • Memang mengambil masa lama sedikit untuk menukarkan 'helmet' kepada 'topi keledar'. Tetapi tidak mengapa, yang penting emak saya cuba. Kalau nak dengar emak saya panic bertutur bahasa Malaysia, bisa dengar di Bernama TV. Kekadang dia dijemput untuk memberi nasihat tentang keselamatan jalan raya. 
  • Sebagai seorang anak yang emaknya Johorian, saya dapat belajar dialek Johor dari makcik-makcik saya. Antara perkataan yang saya tahu ialah: gebor, gerobok. 
  • Saya pasti ada perkataan Johor yang emak saya sendiri tidak tahu =D
  • Kini, bila anak sudah besar-besar, emak saya lebih banyak bertutur bahasa Malaysia dengan kami tetapi marah masih tetap dalam English. 
Emak saya garang =D
Main layang-layang di Johor Bharu sementara tunggu mama sampai. 

  • Jadi apabila saya menetap di UK, saya memilih untuk belajar bahasa German bersama suami. Kami mula berlatih bercakap German setiap kali dalam perjalanan ke kelas bahasa German. Kekadang kami akan berbicara di rumah seperti: "Ich liebe dich und danke schon!"
  • Kami tidak fasih tetapi faham juga ayat-ayat mudah dengan cara menangkap perkataan-perkataan yang kami belajar. 
  • Antara perkataan German yang saya tahu: tasche, schuhe, blume, sonnenbrille, wagen, krankewagen, frau, mann, katze, geradeaus, liebe, Mitwoch, kinder, mochte, dan sebagainya. 
  • Iya, saya akui bahawa saya lebih banyak tahu perkataan German daripada perkataan Kelantan dan Johor. Walhal saya hanya belajar bahasa German untuk beberapa bulan sahaja. 



Ini adalah kek selamat tinggal di dalam bahasa German.
Kami beli untuk makcik kami sebelum beliau berangkat ke Mekah.

  • Kini setelah berkahwin, saya banyak menggunakan Bahasa Malaysia. Atuk suami saya adalah orang UMNO (memperjuangkan Melayu secara tidak langsung Bahasa Malaysia) yang sentiasa bertutur dalam bahasa Malaysia bersama anak-anaknya dan cucu-cucunya. Jadi, keluarga suami saya sentiasa bertutur dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. 
  • Tidak eloklah dan tidak manislah jikalau saya mula bertutur English jika berada bersama mereka. Mungkin kekadang saya ada tersasul TER TER guna English dengan mereka tetapi yang pasti jika saya berbicara sama atuk suami, saya pastikan saya guna bahasa Malaysia.
  • Ibu mentua saya sudah faham dengan cara saya bertutur dan kadang kala ibu juga menggunakan perkataan-perkataan English. Terima kasih ibu kerana cuba faham Ayla =)
  • Suami saya sekarang juga kalau dia mengalami masalah atau apabila dia hendak menanyakan sesuatu kepada saya, dia akan berbicara dalam English. 
Ibu mentua saya seorang cikgu Matematik.



Atuk suami sehingga sekarang kuat baca surat khabar umno. hehe. 
  • Saya amat galakan untuk kita pelajari pelbagai bahasa tetapi jangan sampai kita tidak faham bahasa negara kita sendiri. Saya juga masih proses belajar nama-nama kuih tradisional Malaysia. Dahulu saya tidak tahu nama kuih lopez lopes tetapi sekarang saya sudah tahu =) 
  • Kekadang kita ingin jadi bijak yang itu, tetapi tanpa kita sedari, kita menampakkan ketidak bijaksanaan kita terhadap perkara lain. 
  • Moga kita sama-sama menguasai bahasa kebangsaan kita. 
  • Saya akan terus berusaha!
Clarks Genuine Leather handbag at/on The Sale.

  • Sesiapa yang bisa mengajar saya dan suami Bahasa Arab, sila contact saya di: juaini_ayla[at]yahoo.com
  • InsyaAllah kami bangsa mudah tangkap dan faham =D
*Sila gantikan [at] dengan @



Popular Posts