Aku Dan Mandrem

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Cuma kita dan Tuhan sahaja faham. Hati aku dan kau memang begini. 

Aku pun tak faham kenapa kau tarik tangan aku bila nak ubah bulb lampu ni.
Tangan kanan kau pegang erat tangan kiri aku sewaktu kau sibuk menukar bulb
sejenak kau tiba rumah dari tempat kerja.
Jadi aku tinggal satu tangan untuk menangkap gambar ini.
Kalau aku suruh kau explain, memang aku tahu kau tak mahir.
Jadi aku tak suruh sebab aku assume aku kenal kau, suami aku =)


Ayla : Hellow~
Syahmi: Hello bibi.
Ayla: Bibi di mana?
Syahmi: I di jalan.
Ayla: -_-
Syahmi: rwg jam lah b.
Ayla: What?! You masih di rwg?? (hamek..isteri baru naik singa. muahahaha. gurau.)
Syahmi: Hihihihi. Tak lah. I dah dekat dni alm ni. (tahu pun when to stop sebelum ada yang fengsan heart attack. haha)
Ayla: I belum pray.
Syahmi: Teruknya bibi.
Ayla: Ok.
Syahmi: Ok je?? You patut happy I dah dkt dni alm!
Ayla: Eh oh.. Yeay! Yoohoo! (apa kena dengan suami aku ni, my 'ok' was for his remark on me lambat solat.)
Syahmi: Hek eleh... dah dah ... You dekat mana?
Ayla: (nak je jawab dekat Tahiti) mmm..
Syahmi: Ye la dekat bilik ke dekat living hall?
Ayla: (ada beza ke aku kat mana? mana-mana pun aku masih di rumah. hahahaha. lain lah aku tanya sebab boleh get ready buka apa-apa before dia balik =D barangkali dia cadang nak surprise aku dengan cheese cake yang besar amat. dream on Ayla oit!)


  • Ya, aku penggemar tegar cheese cake. Bukan cheese cake yang ala ala sponge itu. Tetapi cheese cake yang betul dari cheese. Yeah!
  •  Tidak sesuai untuk aku bercerita tentang perihal itu ini apa yang orang lain ada aku dan suami tiada. Kerana aku percaya apa yang sudah kami pilih dan usahakan itu adalah yang terbaik untuk kami.
  • Sama seperti Syahmi memilih aku untuk menjadi suri hatinya. Pernah aku persoalkan kenapa? Tapi jawapan yang diberi aku mudah lupa. Barangkali jawapan Syahmi tidak se'gah' macam dalam drama. Yang boleh bikin aku hafal dari kecil sampai hari ini seperti dialogue cerita Cool Runnings; "Sanka, are you dead?" ---- "Ya man."
  • Tidak pernah tidak aku memikirkan apa yang bakal jadi dengan hidup aku, hidup Syahmi dan hidup kami. Kekadang seperti main-main pun ada. Terasa diri ini sebenarnya masih keanak-anakkan walaupun usia sudah hampir lewat 20-an.
  • Dulu suami aku muda...sekarang aku tidak rasa lagi dia muda. Barangkali dia lebih matang dari aku. Itu semua mungkin, tapi yang pasti aku paling manja dengan dia. Sungguh. Dia sahaja suami aku. Jadi kalau tidak dengan dia, dengan siapa lagi? Aku hanya dibenarkan untuk mempunyai seorang suami sahaja. Dan aku suka sebab tak payah serabut kepala fikir laki ini nak apa, laki itu nak apa. Aku senang. 
  • Pernah aku tanya Syahmi, "Ada apa-apa you menyesal tak sepanjang kahwin dengan I?" Pergh! Soalan, kalau terkehel jawab, mesti taufan halilintar periuk belanga! 
  • Seperti biasa, siapa yang kenal Syahmi jawabnya cukup concise dan tak payah pusing kepala, "Tidak." Adakah Syahmi terlalu banyak menonton cerekarama dan senantiasa mengambil langkah waspada? Haha. Itu aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, kami tidak menonton cerekarama di rumah sendiri. 
Ini bukan membuka aib. Tapi menjadi tauladan.
Ada hari aku berasa hairan kenapa baju kita dua orang seperti baju untuk lapan orang.
Ada hari kau tahu aku tak kuasa nak layan baju-baju kita dan kau pun sama.
Jadi kita diam redha. Dan tidak expect untuk disettlekan segera.
Kau tahu aku bukan kaki shopping. Aku juga tahu kau bukan kaki shopping.
Allah s.w.t. dah bagi, tak akan kita nak tolak. Puas aku fikir yang mana nak bagi orang.
Adalah dua tiga helai yang aku letak disebelah katil bahagian kau. Kau tahu kan? =)

Dan cuba kau beri tahu aku, rumah mana yang alas mejanya hanya diletak 1/3 meja?
Kau tengok buat tak tahu. Aku lagi lah tengok buat tak tahu.
Aku suka kau tidak bising apabila 'seni' aku beraksi. Aku pun tak faham kenapa alas meja
yang kau belikan di Cambodia tidak aku letak dengan betul.
Mungkin aku sengaja atau mungkin aku tak kuasa nak angkat barang-barang atas meja.
Oh paling-paling kotak Kleenex dan jar cutleries. Jadi apa alasan aku??? Aku sendiri tak tahu.
Yang aku pasti, bukan kerna aku atau kau di mandrem. 


  • Kekadang aku rasa seperti di mandrem. Jarang sekali. Tetapi pernah. Rasa mengantuk yang berat di siang hari dan segala persoalan yang tak perlu aku fikir timbul mendadak-dadak. Jantung berdegup kencang. Bisa bikin gaduh laki bini. 
  • Barang kali aku di mandrem. Barang kali tidak. Ah! Nyah engkau kuasa-kuasa jahat. Aku ada Allah! Aku ada Allah Yang Maha Besar menjaga diri aku. Aku ada Allah yang Maha Mengetahui selok belok muslihat engkau durjana. Engkau hanya ada pawang asap peluh menitis yang tiada kuasa ke atas sekalian makhluk. 
  • Allahu Akbar!
Dan lagi. Syukur kepada Allah kau dan aku ada pakaian yang cukup biar pun tak stailista sahngat.
Kau tahu aku tidak gemar baju tudung seluar berwarna warni macam Paddle Pop.
Kau tahu aku tidak suka berpakaian seperti hijabistasistamista.
Kau tahu cara aku berpakaian diluar dan didalam rumah.
Moga kau berpuas hati apa yang aku peragakan ketika dirumah.
Semestinya jauh beda banding di luar. Itu kau, aku dan Tuhan tahu. 
  • Apa yang untuk di iri hatikan, tiada. Hidup aku dan Syahmi biasa saja. Bangun pagi, solat, makan minyak, bersiap ke kerja, pulang ke rumah, makan, solat, bersandiwara layar semesta bersama dan tidur. 
  • Hidup aku banyaknya kurang dari kamu semua. Maka jangan ikut aku. Banyak yang wajib aku perbetuli. Jangan kau tanya Syahmi, dia pasti berkata, "Cuba kau tanya Ju sendiri." Itulah suami aku, apabila bicara tentang marriage, seolah dia tidak tahu apa. Sebenarnya dia simpan. Dia paling suka rahsia hanya aku, dia dan Allah sahaja tahu. Jadi usah kau tanya lebih.
  • Sebab itu kau tidak tahu apa yang terjadi dengan hidup aku dan Syahmi dari jam 7:00pm hingga 6:00am setiap hari. Kata orang, biarlah rahsia laki bini.
  • Dan hari ini tidak aku jangka, bukan cheese cake yang dibawa pulang, tetapi favourite aku yang satu selepas Thorntons, iaitu ....
Aku pasti yang bukannya Syahmi tahu aku suka chocolate ini sewaktu dia beli.
Tapi aku tak kisah. Yang penting dia beli untuk aku. Katanya. Tak tahu lah kan kalau dia bohong konon nak sedap ambil hati aku =D
 Memang bukan semua benda pasangan kita tahu dan boleh ingat. Ni baru kahwin nak dekat 4 tahun, ada yang dah kahwin 20 tahun
masih tak tahu favorite chocolate isteri. 

  • Terima kasih Allah. Alhamdulillah =)


*Sudah berapa tahun menulis, ini kali pertama aku gunakan aku. Jiwa terasa nak guna kerana realitynya aku tidak bisa. Maaf. 

Popular Posts