Nur

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

buat kekasih ku

aku tidak bisa mengawal semuanya, 
kau dan aku tahu hanya Tuhan berkuasa,
jika bisa aku ubah diri ini, 
tentulah Khadijah dan Aisyah yang ku ingini,

aku bisa menjadi lebih baik,
jika dan hanya jika aku memilih,
kekadang aku alpa dan terus lupa,
sangsi dan marah pula berkuasa,

jika kau bertemu dengan yang lebih cantik,
janganlah kau anggap aku antik,
kerana setiap terindah itu ada yang lebih indah, 
itulah godaan iblis dan syaitan yang kita endah,

aku bukan meminta mata seribu,
cuma penting kau ambil tahu,
tentang aku yang senantiasa berusaha,
menduduki mahligai di Syurga sana,

bukan untuk aku tetapi kita,
kerana Tempat itu indah buat bersama,
jadi kentalkan hati tutupi pandangan,
biarlah kita sahaja di awangan,

kekadang hati ingin persis Sumaiyah,
terkadang aku berasa payah,
ku harap kau terus bisa,
mendengar tegar lelah,

biar cantik kita kerana Nur,
bukan mata yang mengerlik kebinatangan,
bukan mulut yang mengucap kemanisan,
bukan hati yang meng ada ada kan,

jangan kita main dengan kekuasaan-Nya,
kelak kita akan menyesal dengan kebinasaan,
kau dan aku tahu Syurga itu abadi,
ayuh langkah kaki dengan amat teliti.




Popular Posts