Simpan Diam Diam


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Janji Tuhan itu pasti Dia tunaikan. Kita ni manusia, jangan bongkak. Walau sedikit pun jangan. Kalau nak, simpan diam diam. 

Dah tak perlu cerita panjang. Nampak sangat tahap ke-romantikan Syahmi.
Aku minta dia tulis dengan harapan nota cinta tapi cacing kerawit yang diberi.
Sungguh aku tergelak dalam hati. Tak habis harapkan dia seperti Richard Gere
dalam movie. Takpa yang penting Syahmi bantu aku sehari-hari.
Tak perlu hebah suami aku kidal. Si kidal ni lah yang
ajar aku makan pakai fork guna tangan kanan. Sunah katanya. Terima kasih ajar.


  • Aku memang perlu bergerak bukan untuk suka-suka tetapi pengalaman. Pengalaman yang tidak mungkin akan aku sia-sia kan. Bukan senang nak berhijrah, perlu teliti dari segenap sudut. Aku perlu bergerak. Itu Syahmi tahu. Aku juga tahu bahwa dia tidak buat tak tahu. Dia tahu aku.
  • Dari kecil aku mencari. Aku suka mencari benda baru walau aku kekadang takut. Aku akan buat apa sahaja untuk kecapi itu ini dengan izin Tuhan. Itu mama dan bapak aku tahu. Suami aku jua tahu. Allah lebih Maha Tahu. 
  • Aku akan panjat, aku akan redah, aku akan langgar, aku akan tendang, aku akan tumbuk, aku akan menjerit sepuas hati, aku akan cakar, aku akan mendongak, aku akan terbaring, aku akan penat dan aku akan menangis. Itu semua mama, bapak, abang, adik dan suami aku tahu. Allah lebih Maha Tahu. 
  • Mengapa aku begitu. Jangan kau tanya aku. Jika kau ambil aku menjadi president persatuan wanita wanita seantero dunia, maka kau akan tahu betapa jeliknya aku terhadap wanita yang penuh alasan itu ini. Alasan itu melemahkan dan melembabkan. Semestinya aku tidak puas hati. Jangan beri aku alasan itu ini. Hak tuih. 
  • Jika malas, bilang malas. Sebab aku pun ada kala aku malas. Aku faham betul dengan malas. Ada waktu aku juga malas layan dengan malas. Jadi aku pura-pura rajin. Dari pura-pura terus jadi betul. Hah!
Suami borek, isteri rintik. Aku buat dua lolipop.
Satu untuk Syahmi satu untuk aku.


  • Aku bangsa tidak berdebat dengan orang yang otaknya sempit. Bikin rugi tenaga Allah beri. Aku juga bangsa tidak gemar berurusan dengan surat surat. Aku tahu penting tapi sedikit Leceh. Jadi toksah kau buat aku jadi secretary jabatan Pos Malaysia. Nanti lebih hancur.  
  • Kalau aku kerja di Pos Malaysia, aku nak jadi tukang jual setem. Aku nak promote habis-habis setem cantik-cantik dan galakkan orang hantar surat cinta kepada isteri dan suami masing-masing. Bukan kepada kekasih gelap. Itu hanya layak Hak Tuih.
  • Aku percaya semua orang ada idea masing-masing dan cara menjalani hidup sendiri. Maka jangan kita salah ertikan tindakan orang lain. Allah cakap jaga mulut. Habis cerita. 
  • Tapi cerita orang-orang makan duit orang lain sebanyak tujuh ribu itu di serahkan kepada Allah Azzawajalla. Maka orang-orang itu berlaku zalim dengan mengambil duit Allah yang di hak kan kepada orang lain. Pendek kata, kau tamak haloba dan penakut.
  • Cerita itu bukan cerita aku dia dan dot dot. Kisah itu dia perlu cerita sendiri dengan Tuhan aku. 

Toksah cakap pasal berjuang. Dalam gelap pun sanggup.
Aku suka main game yang tak berat tapi masih gunakan otak.
Aku tak gemar game yang tak gunakan otak.


  • Kalau esok lusa kau ketuk pintu rumah aku yang berwarna coklat berhabuk ini dan tiada sahutan, maka kau akan tahu bahawa aku sudah pergi bawa bagasi aku berisi canvas putih. Yang akan aku calitkan warna warna hati aku di tempat baru. 
  • Jangan kau tanya mana aku berada, sehingga aku sendiri beri tahu pokok cili aku. Dan kemudian akan kau tahu kerna aku akan amanahkan kau untuk menjaga pokok cili aku.
  • Aku tak akan pulang dengan bag Harrods untuk isi telekung. Kalau ada bag itu aku buat isi ikan sayur lemon dan tepung. Tapi aku tak ada bag itu sebab aku tak beli. Suami aku pun tak beli. Tak beli sebab aku tak mintak. Aku tak nak. Aku beli bag lain. Aku pergi beli bag Hermes - Victoria II (bohong). Kalau betul aku beli bag ni, mesti bapak aku pandang aku serong macam aku ini lebih ber-wang dari dia. Realitynya tidak. 
  • Aku bukan bangsa yang bagi hint-hint dekat suami apa aku nak. Aku main cakap terus apa aku suka dan tak suka dekat suami dan Tuhan. Kalau mampu aku pasti Allah akan beri. Kalau tak mampu, aku cakap "La' Tahzan". Sudah. 
  • Kau kata tidak standard pakai bag plastic merah pasar untuk taruk telekung. Maka kau tidak tahu bag telekung kau itu orang lain buat isi lauk pauk basah. Jadi standardnya sama. Jangan kau nak berlagak. 
  • Jangan sampai orang tegur kau dekat masjid "Assalamualaikum. Seems you did a bit of shopping ;-) Anything good in Tesco today?"
Aku dah upload dua bag baru Clarks.
Boleh tengok di sini.

Clarks ini texturenya macam leather tapi bukan.
Cantik. Boleh tengok di sini.
  • Roh penggunaan 'aku' cukup kuat sejak semalam. Aku memilih untuk guna 'aku' untuk dua hari ini. Itu pilihan aku. Mana yang tersinggung, aku mohon maaf. Tentulah aku masih banyak yang perlu diubah. Maaf. 
  • Tapi jangan kau guna 'aku' dengan aku. Nanti aku sedih. "Kenapa dia berkasar dengan aku.... T_T". 

Popular Posts