Wang Saku

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Kau dan aku tahu bahawa Allah Azzawajalla itu satu. Tidak perlu dolak dalih lagi antara kita kerna kau dan aku juga Muslim. Jangan diangkat tangan untuk disepak dan kaki untuk disepak. 

Batik ni cool =D
Click here for more info.



  • Usah kau selongkar lagi tas tangan aku kerna sememangnya kau tidak akan ketemu mascara dan juga eye shadow. Tidak lupa juga bahawa di dalam tas tangan aku tiada duit berkepuk-kepuk dan emas kuning 999 dan 916 berbondong-bondong. Jadi henti selongkar. 
  • Aku tahu ramai ingin tahu berapa besar periuk nasi aku. Kalau kau datang rumah aku, jangan kau gelak kerna periuk nasi aku itu sesungguhnya memang amat kecil. Aku pasti dekat rumah kau, kau dan kau tiada periuk nasi sekecil periuk nasi aku dan Syahmi. 
  • Periuk nasi itu bapak aku beli untuk aku bawa ke England. Seluruh Oobang bapak dan mak aku cari, aku sememangnya sudah hendak nangis apabila tidak dapat periuk nasi sekecil periuk nasi buah hati aku (dulu aku belum kahwin sama Syahmi).
  • Walau kecil benar periuk nasi aku, ibu aku dapat juga menyuap 7 mulut dewasa dengan periuk nasi itu sewaktu keluarga aku datang melawat aku dan Syahmi di England. 
  • Ya, kau jangan pandang rendah dengan periuk nasi aku yang kecil itu. 


  • Sekali sekala aku menerima soalan berbunyi seperti gini, "Tak bosan duduk rumah?" dan "Tak boring at home all the time?"
  • Dan saban kali juga aku menjawab, "Tidak." 
  • Aku rasa kalau kau tahu apa aku buat dirumah, kau mungkin nak join aku. =D
  • Soalan-soalan begini adakalanya aku dapat rasakan bahawa adakah mereka bersangka aku ini kurang mahir dan tidak secool mereka yang berkerja di opis orang? Soalan begini juga aku dapat rasakan adakah mereka berasa mereka sangat cool dan hebat pergi opis pakai make-up cosmetics bagai dengan tudung lilit baju kurung sarung nangka atau blouse cetoet sama skirt paras lutut kasut tinggi konon Audrey Hepburn?
  • Kalau itu definisi cool bagi mereka, sememangnya mereka baru datang dari ulu pedalaman.
Tak cool lah amik gambar sendiri.
Dah dah siap, nak jalan!
  • Aku asalnya dilahirkan di hospital Kubang Kerian. Kalau sekarang, aku rasa Kubang Kerian tu bagai Petaling Jaya. Kau sendiri carilah sama ada itu kampong atau bandar. Umur aku sebulan, aku dibawa pindah ke suburb di Selangor. Umur aku tiga tahun mak bapak aku sudah angkut aku ke Leeds dan dari situ mula kisah aku berjalan merata ke negara orang dan tidak pulan-pulang menetap di Kota Bharu. 
  • Jadi aku memang tidak pandai makan sup belut dan tidak juga bisa bertutur bahasa Kelantan. Aku pernah cuba kecek. Tapi tak berjaya. Suami aku aje yang tahan dengar aku kecek. Jangan kau paksa aku. Nanti kau pasti gelak sampai mati. Ayo tak tayo.
  • Mak aku datang dari bandar. Dia memang orang bandar J.B. Tak pernah menetap di kampung. Dulu Pandai pakai stilettos tinggi mak aih, dulu pandai make-up, fasih cakap omputih, pandai makan 'bread cheeze and butter". Bapak aku anak orang yang rumahnya corner lot. Ini memang corner betul rumahnya, dekat selekoh 90 darjah. Kalau kau tak percaya, kau tanyak bapak aku. Pernah juga aku dengar orang eksiden di selekoh itu. Dia bijak urus wang, dia fasih omputih, dia suka Mr. Bean dan dia fit. 
  • Sepanjang hidup aku, aku dibesarkan oleh orang-orang ini. Jadi jangan kau salahkan aku sekiranya aku tidak reti mandi perigi dan membuang diluar rumah. Tapi aku tahu mandi dari baldi guna cetong. Jangan risau. Kau tahu ke apa itu cetong?
  • Dari dahulu lagi aku menetap di kawasan-kawasan suburb ni. Aku malas nak cakap sebab aku tak suka kau judge aku begini dan begitu. Kau sendiri tengoklah. Jadi kalau kau cakap aku tak tau apa yang cool, kau kesian. Aku yang pilih untuk tidak ikut ke "cool"an orang-orang lain. Aku nak cool aku sendiri. Hahaha.. Kalau kau punya cool takat lepak dekat cafe mahal lepas pergi saloon sambil minum English tea segelas RM30 sambil makan dua biji scones berharga RM15 satu yang mak kau pun tak pernah tahu amende tu, terima kasih sajalah. Aku tak teringin melainkan kau sendiri bikin scones tu pastu jemput aku makan. Haha. 
Dari kau lepak-lepak, baik kau pakat bersihkan 'tasik' ni.
Dah jadi watercolour ijau dah. Geli aku tengok. 
  • Cool aku adalah seperti:
  1. Seorang isteri yang memandikan suaminya di kala masih sihat. Vice versa. 
  2. Seorang lelaki pergi masjid, tawaf, saei atau mana mana sambil pimpin erat isteri serta dokong anak kat atas bahu dan tangan.  
  3. Pasangan suami isteri menikmati "tea" di luar rumah sambil bersuka ria dan mencuit dagu serta bersuapan.
  4. Seorang ulama' memberi nasihat secara rap. 
  5. Seorang wanita Soleh pergi pasar naik kereta kebal.
  6. Panjat gunung everest. 
  7. Jalan kaki dari Malaysia ke Finland.
  8. Terjun Niagara Falls.
  9. Dan banyak lagi aku malas nak taip. 
Tak ke cool minum petang dengan isteri suami masing masing kat yard rumah
sambil bergurau senda dan bercerita tentang segala-galanya sambil
exchange kata-kata cinta yang hanya bisa faham antara suami isteri dan Allah s.w.t?
Aku rasa sangat cool. Tak usah kiralah tahap romantiknya. 

  • By now aku rasa kau dah faham apa maksud aku. Mungkin aku sudah muak dengan perkara-perkara cool kau tu. 
  • Aku paling heran tengok perempuan lain seolah-olah semua dilahirkan tanpa bulu kaki. Itu kerana pengaruh media yang menyatakan beautiful itu ialah kaki licin atau memang wanita wajib buang bulu kaki? Define cantik. Oh ok. Ini luar topic cool kau.
  • Wang saku aku, aku simpan. 
  • Sebab Alayoubi dah tanya aku dan Syahmi bila nak datang rumah dia yang "dekat" tu.
  • T_T

(I decided to use "Aku" und "Kau" today.) 




Popular Posts