Hikmah 56

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Jangan berasa gembira atas perbuatan taat (bakti) kerana kamu berasa telah dapat melaksanakannya, tetapi bergembiralah atas perbuatan taat itu kerana ia sebagai kurnia taufik, hidayah daripada Allah kepadamu. Katakanlah: "Kerana berasa mendapat kurnia dan rahmat Allah mereka harus gembira. Itulah yang lebih baik daripada yang dapat mereka kumpulkan"  - Syarah Al-Hikam (Hikmah 56)

I wonder what happen to Albanna's new toy.
Put it in his fried rice? Oder on his pizza? Haha.
The first thing he did to this Red Ranger once he took it out from the gift wrapper
was trying to cut it into pieces with the Red Ranger sword! Hello~
Albanna has been playing 'masak-masak' since baby.
So he has the tendency to cook almost everything! 

  • Semalam seperti kebanyakan Rabu, saya dan suami ke kuliah kitab al-Hikam. Dr. Zulkifli mengulas Hikmah 56: Jangan Merasa Gembira Atas Perbuatan Taat. 
  • Pernah tak anda berasa berdegup jantung dan gembira apabila seseorang memuji kebaikan yang telah anda lakukan? Menurut Dr. Zulkifli, perasaan itu membawa padah dan dikeji. Muslim sepatutnya berasa gembira diatas kurnia dan rahmat Allah s.w.t. yang membolehkan dia melaksanakan ibadah. Dan segala pujian hanya keatas Allah s.w.t.
  • Mari kita sama-sama semak diri dan latih diri untuk tidak berasa bangga dengan diri. Kerana seperti sebelum ini pernah saya sebutkan, bangga diri adalah salah satu form of syirik. AllahuMusta'an. Moga kita semua dilindungi dari segala jenis syirik. 
  • Di bawah adalah nota yang dapat saya type sewaktu kuliah. Kisah tentang pasangan suami isteri yang diceritakan oleh Yusuf alQardhawi tidak saya catit dan tidak akan saya kongsi di sini khuatir ada yang tertinggal. Tetapi pengajarannya saya ingat insyaAllah iaitu untuk senantiasa mengingati dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan jika perkara duniawi diambil, kita masih boleh bergembira kerana tiada siapa yang boleh menarik perasaan ketaatan seseorang itu terhadap Allah s.w.t. 
Asal kemaksiatan bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana redha dengan nafsu. - Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
I was sitting comfortably when a lady came and gave me this kitab for reference.
Couldn't take it home with me y'all. Not mine to keep.


NOTES
  • Gembira ada dua jenis. Satu dipuji dan satu dikeji:
  1. DI PUJI: Gembira kerana merasakan ketaatan dari Allah s.w.t.
  2. DI KEJI: Gembira kerana merasakan ketaatan dari diri sendiri ini. Ulama tasawuf menganggap hal ini sebagai kufur nikmat iaitu ujub yang menggugurkan nikmat
  • Seseorang yang taat kepada Allah ada dua bentuk. 
  1. Wajib [solat, puasa, zakat etc.] 
  2. Sunat [zikir, infaq, etc.]
  • Seseorang yang melakukan taat akan merasa gembira. Persoalan rasa gembira suka dan senang kena ada sebabnya. Ada dua keadaan:
  1. Rasa gembira kerana buat taat. Ketaatan itu dia nisbah ketaatan pada diri dia. BAHAYA. Jadi rasa kagum pada diri sendiri. Termasuk dalam dosa besar. Jangan cakap : "Kan saya betul..Tulah saya dah cakap. Saya nampak apa awak tak nampak. Saya tahu sekian sekian banding awak."
  2. Orang yang apabila dipuji kerana kebaikannya, tidak rasa apa-apa dalam diri melainkan kerana Allah s.w.t. Kerana Allah yang memudahkan untuk melaksanakan ibadah.
  • Lihat semula atas apa kegembiraan kita itu. Contoh: Infaq harta fisabilillah. Harta milik siapa? Jangan kita nisbahkan dalam diri kita. 
  • Kerana kurniaan Allah dan Rahmatnya, maka kita dapat melakukan ketaatan. 
  • Bila bersyukur pada Allah, Allah tambah. Dahlah dapat pahala, dahlah dapat gembira atas syukur, ditambah pula pahala bersyukur. Kekal lagi, tambah lagi nikmat. MasyaAllah. 

I packed this for dinner.
Left overs linguini, fettucini und bolognese sauce.
I mixed everything in a multi cooker pan with some olive oil und dashes of soy sauce!
Blarghhh...had to have a bit of asian ain't it =p
Not forgetting desserts, I made jello y'all! 


  • Jadi marilah kita sama-sama berhati dan jaga hati. Ingat tak Hikmah 54 yang saya type dalam entry terdahulu? Nur adalah tentera hati. Usahlah kita minta dipuji. Jika salah reaction, kita yang rugi. 
  • Jika kita tersilap, segera istighfar dan mohon keampunan. Kerana tiada satu didunia ini milik kita dan yang kita akan bawa hanyalah amalan. 



Comments

Popular Posts