Delay Tactic

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ini entry dalam Bahasa Malaysia ya. 
Kepada yang berat sangat mulut nak memohon maaf atas kesilapan, nanti sendiri rugi. Cuba bayangkan kalau Rasulullah s.a.w. berat mulut memaafkan kita (umpamaan sahaja). Jangan buat pada orang apa yang kita tak nak orang buat pada kita.  

Adam is now into crime investigation on Universal. The only channel I'm willing to subscribe.

  • Hari Ahad malam haritu (ya lepas drama dalam bilik air dalam kisah entry lepas) I sama Syahmi pergi ke masjid paling dekat dengan rumah untuk dengar forum 'Dulu Mak Nyah Sekarang Bertaubat'. 
  • I tak pernah baca and dengar pun kisah Cikgu Erin ni sebelum hari Ahad itu. Barangkali masa hot issue dia di akhbar pada tahun 2012 or so, I sibuk uruskan urusan refurbish rumah, etc. 
  • Kepada yang tertinggal kapal macam I, Cikgu Erin ini dulu dia seorang maknyah (according to him) aber now alhamdulillah dia dah kembali menjadi lelaki semula. Bila Ustaz Syed tanya apa yang trigger dia untuk kembali, dia jawab kerana dia ditipu oleh cinta seorang laki-laki yang dia cinta. 
  • Jadi I pikir, salah satu punca yang besar untuk seseorang itu brubah ialah kerana CINTA. Kalau tak percaya cuba tengok movies Anakin Skywalker, Iron Man 3, Spiderman, Sepet, Titanic etc. 
  • Tengok juga suami yang main kayu tiga empat lima. Bermula dengan , "I fall in love with my lady colleague. bla bla bla". Love tu cinta lah. 
  • Tetapi berapa kerat sahaja manusia yang berubah beralasankan cinta kepada jalan yang positive? 
High in cholesterol. Tak pernah makan pun deep fried huge prawns ni. Syukur tak mengidam. =D

  • So today I nak share semula apa I dapat dari Ustaz Zul Ramli pada malam forum itu:
Gerbang pertama kebaikan adalah TAUBAT.
Taubat adalah pembuka kebaikan iaitu Taufiq. Diantara sifat-sifat orang beriman ialah orang yang bertaubat.

RASA BERSALAH adalah tonggak untuk kita bertaubat. Kunci rasa bersalah adalah hidayah dari Allah. 

Syaitan amat pandai dalam DELAY TACTIC. Jadi manusia menangguh berbuat baik. 
Cara bunuh delay tactic ialah dengan sentiasa fikir kita tiada masa, bagai mati sesaat lagi. 

  • Mari kita lapangkan waktu (usah delay lagi sebab sudah tiada masa) untuk kenal cinta Allah itu seperti apa, apa maksudnya dan apa istimewanya. Tiada tandingan. 
  • Bila kita sudah kenal dan faham, inshaAllah kita betul betul akan rasa. Tiada tandingan.
  • Cinta manusia ni tidak abadi. Barangkali boleh jadi hari ini cinta esok meluat. Tetapi cinta Allah, tetap tiada tandingan. 

Comments

Popular Posts