Keluh Kesah Dan Kikir

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
The view from mama's hotel room.
Sungai Melaka and Eye On Melaka. 
Mama masak nasi lemak semalam pagi. Dia call lunch time tapi tuan tanah masih belum siap upload bag bag authentic Maclaren (click here to view the collection). Usai kerja jam 5 petang, tuan tanah whatsapp mama minta nasi lemak untuk dinner. Rupanya mama pun tak makan nasi lemak dari pagi. Kesiannya. Tunggu anak-anak eh mama? Sampai rumah mama, tuan tanah tambah dua kali. Memang jarang-jarang berlaku untuk tuan tanah tambah dua kali. Sambal mama sedap. Tak pedas berdesing tapi enak. Sebelum balik, mama bekalkan tuan tanah nasi lemak lagi, katanya "This is your lunch, for tomorrow." JazakAllah Khair mama.





Jonker Street, Melaka.


Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat KELUH KESAH LAGI KIKIR.

Apabila ia ditimpa kesusahan ia keluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,

kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, 

dan orang orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta),

dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.
-Al Quran, Al Ma'aarij, 19-27-

Sagun bakar yang tak semanis pantai timur. Sedap.
Ada orang tu kan, makan sampai tersembur. Hahaha!

Comments

Popular Posts