Hikmah - 78

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Ayla: Bibi bestkan kalau bibi ada office sendiri macam bapak. Boleh I und baby lepak your office whenever I nak.
Syahmi: Kann. Best.

He's growing up so fast. T_T


  • Hari ini entry dalam Bahasa Malaysia ya. Siapa yang tidak faham, sila minta mereka yang fasih bahasa ceritakan semula. Moga semuanya bermanfaat.
  • Semalam, seperti Rabu yang lain, Syahmi dan I dapat ke kuliah kitab Hikam. Seperti biasa, selesai solat Maghrib di ruang solat yang cukup selesa, Dr. Zulkifli Al-Bakri terus membuka kitab dan bersyarah. Dia akan henti apabila masuk waktu Isya'. Hebat.
  • Dan seperti yang telah I sebut dalam entry berabad lepas, air mata I pasti sahaja mengalir tatkala mendengar syarahan atau pun surah al-Fatihah. Barangkali itu tanda paling terkesan. Natijahnya memaksa diri ke masjid dan mendengar kuliah. 
  • Kalau anda tidak percaya, cubalah sendiri. Demi Allah Azzawajalla. 
  • Nota semalam I kongsikan di bawah. Moga bermanfaat untuk kita semua.
Hikmah - 78:
Kadangkala Allah menggembirakan hambanya supaya tidak kekal berdukacita. Kadangkala Allah menghantar duka cita kepada hambanya supaya tidak terus kekal dalam habuan nafsu. Kadangkala Allah keluarkan dari kedua-dua kegembiraan dan duka cita supaya dirinya untuk Tuhan sahaja.



Punca gembira dan duka adalah perkara yang datang dalam hati hamba. Bila sifat zahir hadir dalam diri maka timbul lah kegembiraan.

Bila ada masalah, sebut : "Allahu rabbi la syarikalah"
Nescaya Allah akan hilangkan kedukaan. 

Allah jadikan kita selama mana namanya manusia pasti diuji. Jangan sangka orang yang kaya, sihat, ketawa, punyai isteri anak segalanya tidak diuji. Maka ujian ini merupakan sunatullah pada manusia. Apabila diuji kesenangan, sebut Alhamdulillah. Apabila diuji kesusahan, sabar dan kembali kepada Allah tanpa lekang menyebut "Inna Lillahi wainna ilaihi rajiun" dan berada pada paksi redha. 

I miss you girl T_T


  • Tatkala Allah beri kita kesenangan tujuannya supaya Dia tidak kekalkan kita dalam kesukaran. "Verily, along with every hardship is relief. Verily along with every hardship is relief. - Insyirah (5-6)". Kesenangan datang dari pelbagai pihak dan arah. Kesusahan pula berpihak.
  • Allah beri kepayahan supaya Dia tidak tinggalkan kamu dalam kesenangan. Sibuk dan lupa hubungan dengan Allah, akhirat. Jadi apabila miskin, bercerai, sakit serta mendapat musibah, mula mengadu pada Allah. Inilah kebaikan kesusahan. Kemudian kamu istiqamah dan tidak tinggalkan Allah. 
  • Allah keluarkan kamu dari kedua-dua kegembiraan dan kesusahan bahkan kamu tidak nampak kecuali Allah semata-mata. Kamu menjadi tidak hairan dan tidak kisah dengan harta, kekayaan anak-anak dan sebagainya. Kamu hanya memikirkan tentang bagaimana hendak berdepan dengan Allah. Maka kamu akan kerap beribadat berzikir dan sebagainya. Dan kekadang menangis sendiri mengingati Allah s.w.t. 


You und I both heard what Dr. Zulkifli shared last night. Kita akan sentiasa diuji, tidak kira siapa kita, dengan siapa kita berada dan di mana kita. Thus there are no reasons for us to run away from each other unless Allah s.w.t. says so. Nauzubillahiminzalik. 


Comments

Popular Posts