Ibu Bapa Menantu Itu Semua Important

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t. 

Entry kali ini dalam Bahasa Malaysia und abit of German mit English. 




  • A few days ago I teringat akan arwah Tok Ayoh (my paternal grandfather) yang pulang ke Rahmatullah pada waktu I, my siblings und mama di England. Memang tidak kami ziarah waktu pengebumian kerana berada jauh. Khabar pemergian Tok Ayoh sungguh memberi kesan kepada kami semua, walaupun I masih 11 tahun.
  • Bila sudah besar kini, ada juga terdengar cerita dari my aunties bahawa arwah Tok Ayoh ada menyebut nama mama sewaktu sakit tenantnya. I jadi lebih sayu kerana mama ialah menantunya tetapi masih meninggalkan kesan dalam hidupnya. SubhanAllah.
  • Barangkali sewaktu mama mengandungkan I, selain daripada Kak Ana (penjaga kami), arwah Tok Ayoh juga kerap mengambil tahu tentang hidup mama dan anak-anak mama sewaktu mama masih menetap di Kota Bharu. Ya, rumah yang disediakan bapak untuk kami terletak beberapa kaki sahaja dari rumah Tok Ayoh, masih di compound yang sama. 
  • Beberapa hari sebelum mama membawa diri dan anak-anak ke England, mama membawa I und my other two siblings pergi visit arwah Tok Ayoh dan arwah Mok (my paternal grandmother). Kami terbang naik pesawat berempat. I ingat lagi visit terakhir itu, Tok Ayoh muka sangat gembira membawa kami semua meronda di pasar Kelantan yang rata-ratanya kenal dengan arwah. Ya, hanya kami berlima, seronok berjalan. 
  • Sampai waktu kami perlu ke airport untuk pulang ke Oobang, I seakan ingat riak muka arwah Tok Ayoh yang menghantar kami hingga pandangan akhir tak terlihat, pilu. Itu adalah kali terakhir kami berjumpa di dunia. Semoga Allah memberi kami peluang berjumpa di Syurga-Nya kelak. 
  • Thank you mama sebab bawa we all visit.


  • Kenapa I kupas kisah ini? Kerana I juga sudah hampir 5 tahun bergelar menantu kepada ibu dan abah Syahmi. Sekian kali I bercerita di blog, I kerap memberitahu semua bahawa I belajar dari semua orang. Jadi sewaktu Syahmi berada di Rio de Janeiro selama dua bulan pada tahun 2011, I pergi jua drive sendirian ke rumah my in laws. I cuba mempositivekan diri bahawa mereka juga ibu bapa I walaupun kehadiran I sendirian pertama kali itu mungkin membuatkan mereka berasa terkejut. Ya, I juga bermalam di sana tanpa Syahmi. Itu pilihan I, tiada yang memaksa. 
  • Sekarang ini dengan keadaan mengandung, I memang limitkan drive untuk mengurangkan chances perkara tak ingini terjadi. Jadi lebih afdal untuk I menelifon atau bermessage sahaja dengan ibu. Ini pendapat I dan I berdoa moga mereka mengerti. Sekembali Syahmi nanti dari jauh beberapa minggu lagi, I sudah plan untuk visit ibu abah.
  • Mula-mula kahwin memang rasa sangat kekok untuk berinteraksi dengan in laws. Pada awalnya rasa wave length kami lain. As usual, it takes time to know a person apatah lagi the whole family.  I dulu selalu rasa yang my in laws treat me differently. Tetapi setelah bertahun-tahun, I guess both parties sudah mulai faham each other than sekarang tak nafi, I look forward juga untuk spend time sama ibu abah Syahmi.
  • Faham. Sabar. 
  • Those two keys help in seeing the beauty of others. I believe so. 

  • As most of you know, I have three sets of parents (including my in laws). If I were to treat them differently, I would have not include some of them in my plans.
  • I selalu berharap agar my in laws akan jaga dan kasihi I seperti mana mereka menjaga dan mengasihi anak-anak mereka. Kerana mama juga menjaga dan mengasihi Syahmi dan Kak Shida (my elder brother's wife) seperti anak mama sendiri. Apa yang salah mama tegur, apabila mama call selalu bertanya khabar menantu, apabila ada good news mama juga akan share dengan menantu. Walaupun mama kerjanya macam menteri, tetapi kalau ada ruang dia pasti bertanyakan tentang anak, menantu dan cucu. 
  • Sama juga dengan bapak, ummi Lisa und ayah Wan. Mereka bertanya tentang Syahmi dalam conversations, juga memadaai. Mereka jua selalu include Syahmi dalam holidays dan langsung tidak berkira. MasyaAllah. 
  • Hidup berkahwin ini bukan sekadar kita dengan pasangan. Kalau kisahnya begitu, natijahnya pasti buruk. Itu I yakin. 


  • Pernah satu ketika tahun 2011/2012 bila keluarga nucleus I dilanda musibah, hati I berasa seperti dirobek. Lantas I memikirkan kewujudan Allah dan terus I seek help from my biological parents und parents in law. Masalah itu I yakin mereka lebih memakan garam jadi I rujuk kepada mereka. Jika I sendiri membuat keputusan, maka rasanya I kembali ke England dan tidak pulang, membawa haluan sendiri. 
  • Setelah berhari-hari mendapat consultations daripada my parents und in laws, maka dengan izin Allah I yakin I membuat pilihan yang paling tepat. 
  • I berasa amat penting untuk ibu bapa mertua I untuk involve dalam kehidupan. Mereka ialah parents kepada Imam I dan menjadi tanggungjawab imam I itu untuk membantu menyatukan I dengan keluarganya. Tidak logic lah parents yang membesarkan imam I itu untuk dilupakan setelah berkahwin. Tidak logic. 
  • I don't want to die with regrets. 
  • Waktu awal kahwin dulu, Syahmi kerap menjadi pengantaraan di antara I dengan my in laws. Haha. Aber now syukur Allah. So far alhamdulillah =)
my imam.
  • So kepada adik-adik yang belum berkahwin tetapi sudah menjadi saksi perhubungan I dengan my in laws, moga dijadikan iktibar tetapi bukan bahan gelak kan. Ya, bukan senang nak fit in tetapi jangan give up. Kalau kak Ayla awak ni dah give up, memang tak nampak muka lah di Ampang. Hihi. 
  • Marriage is not all bed of roses. Aber once we have the grip of being patient, insyaAllah, everything else will come so easily. 
  • May Allah guide us all. Be good to all of our parents (biological, step, in laws, etc). 
  • May Allah grant us steadfastness. 

Comments

Popular Posts